BIJAK MEMBAHAGIKAN MASA |
Nursida.
Kota Kinabalu
Masih ramai lagi yang berpandangan bahawa membaca novel hanya membuang masa semata-mata. Tidak dinafikan terdapat juga rakan-rakan saya yang berangapan sedemikian. Tetapi pada pandangan saya, membaca novel banyak faedahnya, disamping itu juga kita boleh memanfaatkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam sesebuah novel tersebut. Bagi saya juga membaca novel bukan hanya hobi kosong sahaja. Lebih banyak kebaikan yang saya dapat dengan membaca novel. Novel-novel yang menjadi pilihan saya tentu sekali novel keluaran Alaf 21 yang banyak berkisar tentang kehidupan kita seharian.
Tidak timbul isu membuang masa sekiranya kita pandai membahagi-bahagikan masa kita. Bagaimana seronok sekalipun membaca novel & perasaan ingin mengatahui hujung sesebuah novel kita mesti mengutamakan tanggungjawab kita terlebih dahulu. Misalnya tangunggjawab terhadap agama iaitu solat. Kadang kala ada diantara kita yang terleka kerana terlalu kusyuk ketika membaca novel sehingga terlewat untuk bersolat. Adalah lebih baik sekiranya kita mendahulakan solat fardhu kemudian barulah kita menyambung semula bacaan novel.
Dahulukan juga tangunggjawab terhadap diri sendiri dahulu, jangan menzalimi diri sendiri. Ada sesetengah orang yang sangup tidak makan semata-mata hendak menghabiskan dulu bacaan sesebuah novel. Bersihkan diri sendiri dahulu kemudian isi perut dengan makanan yang sepatutnya diambil pada waktu tersebut. Apabila kita dalam keaddan bersih dan kenyang kita akan lebih seronok dan tenang apabila membaca sesebuah novel.
Disamping itu juga, tanggungjawab terhadap keluarga jangan pula dilupakan. Maksud saya, terdapat segelintir suri rumah tangga bila sudah terjumpa novel, terus lupa dunia. Ada kain-kain kotor belum dibasuh, rumah pun tak sempat nak disapu, anak-anak balik sekolah pun mak dia masih belum masak sebabnya asyik sangat dengan novel ditangan. Saya pernah jumpa banyak kes-kes sebegini. Mulalah orang rumah nak merungut nanti. Jangan jadikan alasan novel terlalu best untuk kita leka. Disini lah kita harus bijak mengurus masa kita. Nanti 'cik abang' pun marah. Sekiranya kita bijak membahagikan masa kita, masalah ini dengan mudah dapat diatasi. Malahan 'cik abang' kita pun nanti puji dan siap bagi lagi hadiah novel sebagai tanda menghargai apa yang kita lakukan.
Terdapat juga satu sebab mengapa orang ramai terutama sekali ibu bapa berpendapat bahawa membaca novel adalah membuang masa. Ini kerana terdapat sesetengah pelajar yang leka dengan novel sehingga kerja sekolah diabaikan. Sebilangan ibu bapa tidak mengalakkan anak-anak mereka membaca novel kerana mereka berpendapat novel tidak ada kena mengena dengan buku pelajaran dan akan meganggu tumpuan anak-anak mereka dalam pelajaran. Mereka ingin anak-anak mereka menumpukan perhatian dengan buku pelajaran. Tetapi Pelbagai alasan yang sering kita dengar ialah ‘Nantilah, Esoklah, sekejap lagilah’ saya selalu mendengar alasan ini daripada rakan-rakan saya. Akhirnya cuma tinggal 'Copy' dari kawan je. Saya benar-benar tidak berkenan dengan sikap ini. Apa salahnya sekiranya kita menyudahkan dahulu kerja-kerja sekolah kita terlebih dahulu, kemudian barulah kita duduk menghadap novel. Selain itu juga, dengan membaca novel saya rasa ianya banyak membantu dalam subjek bahasa melayu dan sastera. Apabila keputusan periksa meningkat saya rasa ibubapa tidak akan ada halangan kepada anak-anak untuk membaca novel lagi. Malah pandangan 'membaca novel membuang masa' tidak akan timbul lagi.
Bijak mengurusakan masa adalah penting dalam kehidupan kita seharian. Masa yang berlalu tidak akan berulang lagi biar pun hari terus berganti hari, namun masa yang lalu tidak akan kembali lagi. Manfaatkan masa sebaiknya, terapkan nilai-nilai murni yang kita dapat melalui pembacaan kita dalam sesebuah novel dalam kehidupan kita sebaik mungkin.
NOVEL CINTA JADI PILIHAN |
Nurshahirah Razali
shirahpopular@yahoo.com
Saya Shahirah Ghazali berumur 15 tahun. Saya ingin menceritakan serba sedikit tentang novel Alaf 21. Ianya bermula dari satu majalah kecil yang saya baca ketika berumur 13 tahun. Saya terbaca satu sinopsis novel yang menceritakan tentang percintaan seorang gadis bernama Ayu dan Rozaimy yang telah terlanjur pada satu ketika dulu. Novel tersebut berjudul KU MOHON KASIH.
Novel ini adalah novel pertama yang saya beli dengan duit saya sendiri. Setelah membacanya sampai khatam, saya rasa teruja untuk membeli lagi kerana kandungan ceritanya memuaskan hati saya. Saya gemar membeli novel sehingga saya dipanggil sebagai ulat buku. Kerana terlalu asyik, saya tidak mengambil perhatian lansung terhadap rakan yang sedang bercerita. Sehingga hari ini saya masih tidak meninggalkan cinta saya terhadap novel-novel cinta. Di situlah bermulanya hobi saya daripada tidak gemar membaca sehingga menjadi peminat buku yang setia.
Koleksi saya di rumah adalah novel cinta daripada Alaf 21 sahaja dan tiada buku dari penerbit lain. Saya telah pergi ke laman web Alaf 21 dan mencatat senarai buku yang menarik perhatian saya sahaja. Mungkin ada yang mengatakan perangai saya pelik tetapi saya tidak boleh melawan ketagihan untuk membaca novel yang lain. ALAF 21 IS THE BEST!
Kandungan novel ini telah banyak mengubah kehidupan saya yang tidak seberapa ini. Watak-watak di dalam novel ini juga seperti hidup di alam realiti. Saya gambarkan watak yang ada di dalamnya seperti saya sendiri di mana kejadian itu saya dapat rasakan bila saya berimaginasi sewaktu membacanya. Saya tidak membenarkan sesiapa pun memegang dan meminjam novel yang ada di rumah kerana saya pernah meminjamkan novel kepada kawan yang saya percayai. Malangnya pada hari pemulangan dia berkata yang dia telah memulangkannya pada malam sewaktu saya tidur. Namun buku itu tiada. Mulai hari itu saya tidak membenarkan sesiapapun meminjam buku dan saya akan menjaga buku saya dengan baik. Saya tidak mahu perkara tersebut berulang.
Kini saya mempunyai banyak koleksi novel. Antaranya, KUMOHON KASIH, SEJUTA NAFAS CINTA, SENTUHAN CINTA, DI LANGIT CINTA, TIKA RINDU BERLAGU, CINTA 2 JIWA, KENANGAN TERINDAH, TIADA YANG KEDUA, BERMULANYA 1 CINTA, SETULUS HATI, KALIMAH JIWA, KUUTUS RINDU, ILHAM HATI, MANISNYA CINTA, SYURGA DI HATI, WARNA HATI, SANDARAN HATI, dan SANJUNGAN KASIH.
KENAPA IBU BAPA MENGHALANG ANAK-ANAK MEMBACA NOVEL? |
Farrah Izzlorna binti Asri
Pulau Pinang.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan anak-anak. Mereka yang mendidik, menjaga dan membesarkan kita sehingga kita dewasa. Mereka jugalah yang memberi wang saku untuk saya membeli novel setiap bulan. Syukur alhamdullillah, mereka tidak menghalang minat saya dalam membaca novel dan sentiasa memberi galakan kepada saya. Tapi bak kata pepatah, nasib setiap manusia tidak sama. Macam mana kalau ada dalam kalangan remaja yang suka membaca novel tetapi mempunyai ibu bapa yang tidak suka anak-anak mereka membaca novel. Apa alasan mereka bertindak demikian? Saya ada beberapa sebab yang mungkin menjadi sebab timbulnya masalah ini.
Yang pertama, ada sesetengah ibu bapa tidak suka anak-anaknya membaca novel kerana tidak mahu anak-anak mereka terpengaruh dengan cerita yang dipaparkan dalam novel yang kebanyakannya berlandaskan kisah cinta. Saya tidak menafikan kenyataan itu tetapi tidak tahukah mereka yang cinta itu boleh dikategorikan dalam banyak maksud, bukannya ditujukan untuk pasangan lelaki dan perempuan yang menjalin kasih sayang sahaja. Ia boleh diklasifikasikan dalam maksud persahabatan, kekeluargaan dan banyak lagi. Pergilah baca mana-mana novel pun, selain penulis kita menerapkan elemen percintaan antara dua insan berlainan jenis yang dikatakan boleh merosakkan pemikiran anak-anak mereka, mereka pasti akan menyelitkan juga elemen-elemen tentang kekeluargaan dan persahabatan yang sesuai untuk dijadikan iktibar. Contohnya dalam novel Ombak Rindu. Selain kisah percintaan di antara Hariz dan Izzah, Fauziah Ashaari juga memaparkan kisah mengenai kasih sayang keibuan Mak Jah kepada Hariz yang masih berbekas dalam hati walaupun anak itu disangka sudah lama meninggal dunia. Hal ini sekaligus membuatkan kita sedar bahawa kasih ibu akan sentiasa kekal abadi. Tentang percintaan pula, di sekeliling kita ini kita boleh melihat ramai orang yang bercinta. Tidakkah mereka tahu yang penulisan novel kebanyakannya berasal dari aspek kehidupan sebenar.
Dalam novel Bicara Hati, Linda yang terlalu bebas bersosial mengandung anak luar nikah dan dihalau keluar dari rumah. Hal ini boleh membuatkan remaja menjadi takut dan lebih berhati-hati dalam pergaulan mereka. Ibu bapa juga akan lebih senang untuk menjaga anak-anak mereka. Saya tidak rasa ada kekurangan dalam aspek ini.
Yang kedua, isu ini mungkin agak sensitif tetapi bagi saya, inilah hakikat dunia sebenar. Ada sesetengah ibu bapa itu yang mungkin berfikiran agak kolot dan melarang anak-anak mereka membaca novel kerana ada sesetengah novel yang memaparkan aksi di ranjang, Sebelum saya memanjang-lebarkan penulisan saya, biar saya memberi sedikit contoh. Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, di zaman yang penuh dengan kemodenan ini ramai kanak-kanak bawah umur yang sudah menjadi mangsa perkosaan. Kadang-kadang perkara itu bukan saja dilakukan oleh orang luar, tetapi juga oleh ahli keluarga sendiri. Cuma kanak-kanak itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak mengerti apa yang terjadi pada diri mereka.
Sebenarnya, kanak-kanak yang berusia seawal enam atau tujuh tahun sepatutnya sudah diberi pendedahan tentang perkara ini dan diberitahu tentang fungsi tubuh badan mereka. Bahkan dalam mata pelajaran Sains Tingkatan Tiga Bab 4 ada juga diajar menngenai perkara ini. . Zaman sekarang macam-macam boleh terjadi. Jadi lebih baik mencegah dari terpaksa merawat hati yang luka. Sekurang-kurangnya setelah membaca novel, para remaja ini terutamanya perempuan akan tahu tentang perkara ini dan tidak akan membiarkan diri mereka diperlakukan sesuka hati oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Watak dalam novel selalunya menjadi petunjuk. Contohnya watak Dya dalam Bebunga Kasih. Dia tidak melakukan apa-apa semasa diperlakukan begitu oleh abang kandungnya sendiri dan akibatnya, dia diperkosa selama bertahun-tahun tanpa sebarang belas kasihan. Hal ini boleh memutikkan semangat dalam diri remaja untuk mengambil tindakan agar tidak menerima nasib seperti Dya kerana tiada siapa yang mahu hidupnya seperti itu, diselaputi dengan dosa dan noda.
Dan yang ketiga, alasan yang paling klise sekali pernah saya dengar. Membaca novel membuang masa. Semasa saya mendengar ayat itu diutarakan, saya menggeleng kepala, menidakkan segala tutur kata itu. Membaca novel bagi saya bukan membuang masa, sebaliknya mengisi masa yang terluang dengan mengisi fikiran dengan perkara yang berfaedah sambil menghayati jalan ceritanya yang pastinya memberi seribu iktibar. Membaca novel banyak kebaikannya. Kadang-kadang kita akan menemui perkataan-perkataan yang kita tak pernah tahu ketika kita sedang membaca novel. Contohnya saya sendiri. Dalam novel Ternyata Cinta karya Damya Hanna, saya menemui perkataan 'berdesit-desit'. Ketika saya membacanya, saya mengerutkan dahi. Apa dia benda ni? Terlintas pertanyaan itu dalam fikiran saya. Lantas saya membuka kamus dan mencari maksud perkataan tersebut. Dan secara kebetulannya pula, saya boleh menggunakan perkataan itu ketika menjawab soalan peperiksaan. Apabila cikgu bertanya kepada saya dari mana saya mendapat perkataan, saya menjawab dari pembacaan novel. Cikgu tersenyum dan berkata perkataan ini jarang digunakan. Ini membuktikan bahawa pembacaan novel dapat meningkatkan pemahaman kita dalam Bahasa Melayu.
SEKADAR PANDANGAN DAN PENDAPAT DARI INSAN YANG MEMINATI NOVEL KELUARAN ALAF 21. |
Nur Atikah Binti Jahan
Kota Kinabalu, Sabah.
Saya amat meminati novel-novel keluaran Alaf 21. Saya selalunya akan berikhtiar untuk meminjam novel-novel Alaf 21 daripada kakak dan rakan-rakan saya. Tetapi minat yang mendalam terhadap novel-novel Alaf 21 membuatkan saya bercadang untuk membeli novel-novel Alaf 21 yang pernah saya baca sebelum ini untuk di jadikan koleksi peribadi saya yang meminati novel-novel Alaf 21 ini. Sekarang setiap bulan saya memperuntuk kan sejumlah wang untuk membeli novel keluaran Alaf 21, Sama ada keluaran Baru atau lama.
Memandangkan harga novel Di Sabah lebih tinggi sedikit berbanding di semenanjung Malaysia, saya mencadangkan agar pihak Alaf 21 membuat atau menghasilkan produk baru iaitu 'Member Card', dengan ini mungkin pihak Alaf 21 boleh memberikan diskaun atau mata ganjaran atas setiap pembelian. Melalui mata ganjaran pula boleh di tebus dengan novel atau apa saja yang di tawarkan oleh pihak Alaf 21.
Satu perkara lagi, memandangkan bookmark novel-novel keluaran Alaf 21 telah dihentikan, dan telah di tawarkan sebagai e-bookmark. Saya mencadangkan agar pihak Alaf 21 menambahkan lagi e-bookmark yang sedia ada. Maksud saya terdapat novel-novel keluaran lama yang di cetak semula tidak mempunyai Bookmark, seperti Sehangat Asmara, Manisnya Cinta dan banyak lagi yang tidak mempunyai bookmark. Sekiranya pihak Alaf 21 menyediakan e-bookmark, ini akan memudahkan bukan saya sahaja malah peminat-peminat novel Alaf 21 yang lain untuk membuat bookmark sendiri. Dengan adanya e-Bookmark ini, ianya tidak memeningkan kepala saya kerana tidak perlu berfikir untuk mencari bookmark yang sesuai. Cuma perlu 'print' dan buat bookmark sendiri melalui kreativiti masing-masing.
AZAM TAHUN BARU BERSAMA ALAF 21 |
Afzainizam Akmal Bin Adnan
Sintok Kedah.
Selamat melangkah ke tahun baru 2010 saya ucapkan. Berbagai rintangan telah kita hadapi sepanjang tahun lepas, suka duka bersama novel-novel Alaf 21. Bagi saya sebagai seorang peminat novel Alaf 21 tahun ini memberi semangat dan azam baru untuk menempuh hari-hari yang berlalu. Banyak pengalaman mahupun pengajaran di dalam novel ini yang telah mengajar saya erti sebenar sebuah kehidupan.
Walaupun saya sebagi seorang lelaki, novel Alaf 21 telah mengajar saya untuk menjadi seorang lelaki yang penyayang. Kesetiaan dan kepercayan menjadi kunci sebuah perhubungan. Seperti novel nukilan Aisya Sofea " hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya cinta kedua tidak membawa sebarang makna, tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan" Semoga tahun baru ini memberi sinar kepada saya untuk menjaga hubungan dengan lebih bermakna. I love Alaf 21. Sekian, wasalam. . .